P Ramlee hidup semula

Weekend yg memenatkan. Sampai kini masih terasa. Tapi bukan aku je. Aku tau die lebih terasa.

Jumaat. Terlalu banyak kerja. Urgent pulak tu. Nasib aku baik. Aku dilepaskan tepat pukul 6. Kerja disambung awal pagi Isnin. Terus aku bergegas kerana ada janji temu. Berbuka puasa. Bersama bakal ehem-ehem. Dia. Ahh...bahagia sungguh. Setelah 2 minggu tak berjumpa. Rindu utk bersalaman dgnnya. Surau di Mid Valley rupanya sudah bertukar tempat. Tapi masih selesa. Alhamdulillah.

Hari Sabtu beraya di rumah bakal mentua. Ehem-ehem. Insyallah. Makan smpi perut pon penuh. Bakal adik ipar (insyallah jugak) takde di rumah. Exam hari Ahad. Jadi hanya aku, FF dan maknya. Sekejap sangat aku di situ. Bersalah rasanya pergi begitu saje. Yelah, kalo selama ni aku dtg pon, lama jugak duduk situ. Siap borak2 semua. Kali ni, tak berkesempatan borak panjang. Tak ape lah, mungkin lain kali.

FF anta aku pulang Sabtu itu. Ahadnya, kami kluar lagi. Tgk movie setelah sekian lamanya. The Departed. Crite yg best. Tapi yg tak syok, terlalu banyak adegan2 yg dipotong. Potong mood btol. Kami makan di Murni malam tu. Best. Makan smpi pecah perut. Serious. Pecah perut. Haha. Harganya unbelievable btol berbanding portion yg kami makan. Sampai masuk ke dlm mimpi aku malam td.

Tapi bukanlah sepanjang masa bahagia. Gaduh juga sekali sekala. Sabtu gaduh. Ahad pon ada gaduh. Antara perkara yg aku paling tak suka, gaduh. Tapi tetap terjadi. Tak boleh nk elak. Tak suka, tapi tetap akan gaduh. Tapi aku teringat satu petikan filem lama:

Perempuan : Kanda, dalam dunia ni ada tak suami isteri yg tak pernah bergaduh?
Lelaki : Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri.
Perempuan : Habis tu, mcm mane suami isteri nak hidup bahagia?
Lelaki : Senang aje. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.

12 comments

  1. ohh..
    gadoh tu biaselaa..

    tp pastikan stiap kali bgaduh ade watak yang kan mngalah..

    tu je syarat die

    ili=silkygirl

    ReplyDelete
  2. stuju ngan ikan

    buang yang keruh amik yang jernih!

    ReplyDelete
  3. aku pon stuju

    kene mengalah..btol2

    buang ego <-- nasihat yg berguna tp aku kurang gune

    ambil yg keruh..eh eh..jernih buang yg keruh

    ReplyDelete
  4. kalau org tau kite gado tu sbb ape..

    haha

    bodo gile sebab die haha

    ReplyDelete
  5. buang sume yg jernih .. mari buang ..

    p/s-nampak laen tak komen aku?

    ReplyDelete
  6. great weekend =D
    best tak the departed.ala sygnye adegan best di cut.heh*
    i tgk the covenant.hero2 yg gorgeous!!takde cut2 adegan.delicious. eeeuuww!
    gado2 penyeri rumahtangga.~ahaks!

    ReplyDelete
  7. ambil duit raya, buang sampulnya...

    itulah kata2 yg bertepatan di waktu ini

    ReplyDelete
  8. aku stuju ngan bojed. sampul xyah simpan. surau mid tuka kat mne? sepanjang praktikal ni, aku xmenjejak kan kaki pon ke midvalley. wuwuwu..

    ReplyDelete
  9. FF, hah. sape suh awk cari gaduh dgn org. xpela...saye syg awk. <--poyo lagi

    adam, pergghhhh...laen benar komen ko

    lisa, tu ah. benci tol die potong2. ape kate kt g tgk the prestige? yeahhh!

    bojed, aku blom buang sampul

    elle, sampul aku ditulis amaun yg ade dlm die. so toyol takleh nk curik. haha. surau mid kat tepi supermarket jusco.

    ReplyDelete
  10. alaa fonteee

    gaduhh ???

    libi dowwhhhh

    ReplyDelete
  11. apabila suami isteri bergaduh maka kita sebagai orang ketiga wajar 'melempang' kedua-duanya kemudian berkata:

    "korang berdua sakit tak kena lempang?"

    bila dia orang jawab sakit, maka jawablah:

    "sudah tentu sakit, sebab kita ini sama-sama daripada tanah. sedangkan setan juga sakit terbakar api neraka, apatah lagi kau isteri yang durhaka dan kau suami yang dayus."

    ReplyDelete
  12. adamjuni, ohhh...aku paham. mmg ah. libi dow... ala fonte.

    amiene rev, makanya aku tak paham. tp aku tau kt ptt mengelakkan dr gaduh yg bole memecah belah. sorg perlu mengalah.

    ReplyDelete