Menyingkap memori zaman remaja sememangnya indah.
Terutama sekali apabila anda melakukannya bersama rakan sesekolah dulu.
Dan lebih-lebih lagi apabila hanya melalui Internet.
Dapat ber'mesra-mesri'. Berlumba-lumba komentar dalam Facebook.
Dan yang seterusnya...perlu ditapis kerana tidak sesuai untuk tatapan umum.
=)
Alangkah indah zaman sekolah, kan?
Bila dunia bergegar...
siapa yang kamu cari?
Aku ingat... Waktu pertama sekali aku kenali dia.
Rambut rebond. Gaya selamba. Waktu itu 2004.Dah 4 tahun berlalu sejak itu.
Tahun 2005.Entah bagaimana kami mulai rapat.Semester baru buka, kami keluar.Tapi hanya diam, tidak diketahui orang...Sehingga kantoi dengan rakan sekelas dia dan rakan sekelas aku.Dah 3 tahun kami bersama sejak itu.
Dah 3 birthdays kami sambut.
Bermacam-macam kami lalui...
Bermacam-macam dia mengajar aku...
Menjadi lebih keperempuanan... (ehem!)
Menjadi seorang yang bercita-cita...
Menjadi lebih elok...
Dalam masa 3 tahun ni, banyak yang aku tahu tentang dia.
Aku bersahabat dengan kawan2 dia.
Dan mengenali bagaimana dia di sekolah, di luar sekolah, di universiti dan sekarang.
Konvo bersama-sama (walaupun tidak sama hari)
Kemudian, dia sambung Masters in Business Administration.
Aku mulai kerja di sebuah syarikat besar.
Dia punya cita-cita dan impian yang sangat tinggi.
Akulah orang bertuah dapat berada di sampingnya.
Hari ni, hampir 5 bulan aku menjadi tunangan dia.
Hari ini, dia dah berumur 23 tahun...
Lebih matang, lebih berani, lebih gagah, lebih berpengetahuan...
Dan hari ini juga, dia berjuang atas nama student Master (kerana ada exam).
Ini lah dia...orang yang aku pilih untuk hidup bersama-sama.
Orang yang aku hormati dan juga yang menghormati aku.
Orang yang mencintai aku sepenuh hatinya.
Orang yang memberi aku segala yang aku mahu.
Orang yang aku cintai sampai akhir hayat.FF...SELAMAT HARI JADI KE-23.3 years now. And I can't wait for the big day in a year plus more.Orang tau awak boleh buat exam hari ni.
You always can!!I'll stay by your side all the time supporting you endlessly.
I love you so much, with all my heart and soul.
HAPPY BIRTHDAY, SYG...
Aku rindu kawan-kawan.
Aku rindu masa-masa kosong.
Aku rindu petang-petang di kedai mamak.
Aku rindu kamu yang makin menjauh.
Kini aku hargai waktu dulu,
Kita sentiasa mencari waktu luang
Melepaskan diri dari kelas-kelas yang bosan
Kita sentiasa mencari waktu
Untuk bergaul bersama dan bercerita tentang hari masing-masing
Aku tak mungkin dapat kembali
Hari-hari yang aku lalui dulu
Semasa kita berseronok, tiada stres dan kekusutan dunia
Kini siang kubekerja, malam aku bekerja,
Aku rindu kawa-kawan,
Aku rindu petang-petang di kedai mamak,
Mungkin satu hari kita boleh kembali di saat itu...
I'm never going to get along with my mother...