Pelik kah aku yang pelik?

Rules & Regulations:
Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Aku musykil. Soalan dalam BI perlukah aku jawab dalam BI sedangkan blog aku ini dalam BM?
Okay lah. Aku tulis dalam BM aje.
Aku di-tag oleh Encik Bojed yang aku kenali dari FF.


6 perkara yang pelik tentang Virgobiru:

1. Virgobiru sangat kurang rakan perempuan yang sangat rapat dan lebih rakan lelaki yang rapat.
Aku hampir tiada kawan perempuan yang boleh aku cerita betul2 tentang masalah aku, gosip2 terbaru atau apa2 jua. Boleh dikira dengan satu tangan. Aku kini banyak bercerita dgn cousin aku je. Yang lain semua jauh2. Kawan lelaki aku pula tak terkira. Sebabnya aku dari kecik memang berkawan dgn lelaki. Kata tomboy sekolah. Sampai sekarang maintain geng aku yang jantan2 tu. Dengan diorang ni apa2 saja aku bleh cerita dan aku tak perlu control2. Psst...sampai FF jealous sangat masa kami mula2 start dulu.

2. Virgobiru tidak tahu untuk memasak masakan melayu yang kompleks dan amat suka dalam hal ber-baking.
Suruh masak gulai ke, lodeh ke, nasi briyani ke, sweet sour ke...itu aku tak reti. Takat benda2 yang senang macam sayur ke, sambal tempe ke, apa2 yang berkenaan dgn sambal aku reti. Walaupun aku tak selalu dan tak reti sangat masak, tapi aku reti dalam membuat biskut ke, kek dan sebagainya. Dan aku suka membuatnya. =)

3. Semasa Virgobiru tak makan nasi, berat badan maintain. Tapi bila dah mula makan nasi, berat badan menurun.
Tiada jawapan yang pasti atas kenapa jadi mcm ni. Dulu aku tak makan nasi dalam 4 tahun jugak la. Lepas tu aku makan nasi blk. Terus berat badan aku turun 6 kg dalam masa 2 bulan! Gile hape!!

4. Aku sangat lah garang di rumah tapi sangat lah jinak apabila bersama FF.
Kalo korg tanya FF, dia akan ckp yang aku teramatlah garang sangat sangat dengan adik2 aku.
Pasal jinak tu...malas lah aku nak bgtau. Korang kene be in love dulu baru korg tau.

5. Member2 laki aku panggil aku Six-Pack.
Aku tidak akan menjelaskan yang lebih2 tentang benda ni.

6. Rata2 kawan2 aku kata aku ni pelik. Aku pon pelik kenapa diorg kata aku mcm tu.

Orang2 yang aku nak tag-kan ialah :

1. Mr. FF (nak tag awk jugak!)
2. Amar
3. Chot
4. Lisa
5. Jabbar
6. Elle

Sekian buat hari ini.

9 comments

  1. adeh, nape ko tag aku. aku nak gamba bukan nak kene tagged.

    anyway, aku akan cube carik 6 bijik mende tuh...

    ReplyDelete
  2. Hahaha.
    Aku suka perkataan jinak tu.

    ReplyDelete
  3. ye. nape la ko tag aku jugak. malas tol otak aku ni nak berfungsi. tp kene wat gak eh. sobsob

    ReplyDelete
  4. amar : aku rs ko takde masalah dgn 6 tuh. aku akan mempunyai masa yg hebat dlm membaca blog ko nnt

    payakubor : ahahahhaha. aku juga. =)

    el : ye ko kene buat. ngehngehngeh. bile nk futsal lg ekkk

    ReplyDelete
  5. ha..terimas sbb tagged aku.br aku paham.ok ok dgn gigih aku akan buat bendalah ni.tunggu!

    ajak el je ke?aku pun nak join gak =P

    ReplyDelete
  6. oh lupa..
    aku rase tak pelik bila kau garang dirumah dan "jinak" bersama ff,sbb kita serupa.hahahaha!
    cuma aku pelik kenapa six pack?kau ade ke?=P

    ReplyDelete
  7. sebab ko pelik lah orang kata ko pelik

    ReplyDelete
  8. hahahaha... pellik dan benar... hhahaha!sj jer singgah

    ReplyDelete
  9. lisa : psl 6-pack tu...haha...no komen!

    tok ketua : iye la kot kan

    sunan jati: hehehehhe

    ReplyDelete