Kajian Literatur

Satu
Jumaat lalu, aku ke Istana Budaya. Kerana aku seorang ahli Kelab Teater Rimba, yang sentiasa menyokong teater. Kerana aku juga seorang kawan yang baik, yang sentiasa menyokong rakan aku yang kebetulan menjadi MC di malam itu.

KTR membawa teater bertajuk Perkahwinan. Memang best. Aku dah tengok banyak kali, versi berlainan, dengan pelakon yang berlainan juga. Dulu, wakil Indonesia membawa teater ini. Kemudian, KTR pula. Diadaptasikan. Hingga ke Indonesia dibawa teater ini. Kini, di IB. Pelakon juga telah mengalami perubahan. Komen aku: Persembahan yang mantap tapi masih banyak ruang yang perlu diperbaiki. Agak draggy dan banyak aspek boleh dikurangkan sebenarnya. Adegan2 komedi berkesan kecuali sesekali percakapan pelakon tak begitu jelas.


Dua
Semalam, bersama FF dan adiknya, kami menonton Puaka Tebing Biru. Arahan Osman Ali. Merangkap pengarah favourite FF. Seram memang seram. Suspen memang suspen. Aku tutup-tutup mata tengok. Pagi itu kami baca Pancaindera di mana si Joyah mengutuk cerita Puaka Tebing Biru ini. FF telah meradang. Berani si Joyah mengutuk cerita pengarah favourite dia! Dia kata si Joyah tiada bakat mengkritik filem. Trademark Osman Ali memang ada. Siap adegan2 tuut pon ada. Kata pengarah Bukak Api, filem dokumentari tentang mak nyah dan pelacur (pelakon adalah betul2 mak nyah dan pelacur). Cerita ini adalah ber-rating 18SG. Jangan bawa budak2! Jadi, Puaka Tebing Biru adalah cerita yang best jugak walaupon adegan hantu kayuh sampan adalah kelakar. Hahaha!


Tiga
Aku sangatlah sakit bahu membuat bab 2 untuk aku punya tesis. Bab Tinjauan Literatur. Banyak sungguh kajian literatur yang kena buat. Cari definisi la, sejarah la, kajian lepas la... Sampai FF punya pon aku tolong carikan. Kesian FF. Internet rumah dia sangatlah bengong. Bab inilah yang paling panjang dan paling pening kepala dalam pembikinannya. Bersiap-sedialah menghadapi hentaman dari para penyelia tesis anda ye. Adehhh!


Empat
Bulan Mac ini ada lagi satu teater. Syajar tajuknya. Maknanya, pohon yang rendang. Syajar ini adalah teater pertama yang aku terlibat dulu. Jadi pemuzik untuk produksi ini. Ah, banyak kenangan aku bersama Syajar. Kini, aku dah kurang penglibatan. Apa2 pon, aku akan sokong teater dan pergi penyaksikan pementasan Syajar bulan Mac ini. Jom lah. Di Taman Budaya Negeri Sembilan. 1-5 Mac. Free.


Sekarang aku pon dah haus. Nak pergi buat air.

7 comments

  1. hantu kayuh sampan???
    kah kah kah:D

    ReplyDelete
  2. tak caya tgklah
    br tau hantu rupanya reti kayuh sampan

    ReplyDelete
  3. oh,aku pn baca hentaman joyah tu.kesian pun ade gak.manala filem melayu aka malaysia nk maju.hmmm

    tp aku tak tgk pn lg.maybe takkan tgk kot.teringin tp tak minat.haha.org belanja aku nk la =P

    eh,aku dok sbn,nnt aku try dtg tgk syajar tu.ye ye je aku =P

    ReplyDelete
  4. chot : hahah die nk selitkan lawak skali la kot wat cmtuh

    lisa : syajar tuh cite yg best,lagu pon best. aku igt lg cmne nk main lagu tuh
    lagu berhantu tuuuuu
    citer syajar juga mempunyai unsur2 hantu

    ReplyDelete
  5. syajar tu aku dh tgk dulu. plus, aku gak tau ko maen gitar time tu. hehe

    ReplyDelete
  6. whoahhhh...
    ilyn tau main gitar?
    jealous =P
    nak main gitar tp tak reti.huhu

    ReplyDelete
  7. el : rupanya persembahan syajar kali ni ialah klj keris mas nye teater grup.
    oh yee..lupe dulu aku penah nmpk ko tgk kan...hehe

    lisa : hehehehe blaja laaaa..=)

    ReplyDelete