Dera
Ade byk alasan kenapa perempuan menangis. Tekanan hidup, sakit, break dgn bf, gaduh, terharu, gembira, mcm2 lagi. Tapi, lebih 70% perempuan menangis sbb...korg rs sbb ape? Penderaan. Aku rasa, rmiii sgt pompuan luar sane xtau tentang penderaan terhadap wanita ni. And sbb tu la byk sgt tindakan terhadap lelaki yg bodoh2 & dayus yg sanggup mendera pompuan ni tak diambil. Tapi bende ni cume applicable kat pompuan sejati la ye. HUhuhuhuhu. Maksud aku 100% female, pure XX genes.
Aku benci lelaki yg mendera pompuan dan anggap pompuan ni mcm barang mainan ke sampah ke yg korg leh tolak2, picit2, baling2 atau buang2 sane sini. Lelaki zaman skrg rmi yg blaja tinggi2 tp bodoh jugak. Sbb tu Rasulullah suruh kite bersabar dan control panas baran serta nafsu kite tu. Sesetengah lelaki igt, kalo setakat tengking2 tanpa arah kat pompuan tu takpe. Tak ade salah. But truth is, korg dh buat satu penderaan domestik secara psikologi kat org tu.
Aku cume nak igtkan pompuan2 kat luar sane yg diorg ade kuasa nk amik tindakan kat sesape yg buat diorg cmtu. Tak kesahlah org tu mmbr sndiri ke, bf ke, stranger ke, kenalan ke, lecturer ke, cikgu ke, bapak ke, abang ke, adik ke, ...sape2 jela yg bergelar lelaki yg buat bende2 cmtu. Tapi keadilan mesti ade. Taknak lah lelaki tu tak buat ape2, korg plak g dakwa die. Fitnah hukumnya lebih teruk dari membunuh.
Korg2 yg ber-gender pompuan ni...ade tak yg pernah kene bende2 mcm ni? Molestation ke, sexual harassment ke, physical harassment ke, psychological harassment ke...? Aku nak bukak la mata2 org2 lelaki ni...jgn buat bende2 mcm ni kat sape2 lebih2 lagi kalo org tu gf korg. Tau tak betapa fragile nye sorg pompuan tu? Lelaki takkan tahu mcm mane perasaan pompuan bile bende mcm ni jd kat diorg. Aku ckp sbb aku tau. Dan aku tau org2 lain yg pernah dalam situasi ni. Pompuan, susah nk buat report bile bf diorg sndiri buat mcm tu kat diorg. Tapi, bile gf dh mengadu kat sesape, that someone tu bole lodge a report and still, lelaki yg buat these harassment akan didakwa.
Ni sebahagian dr info yg aku dapat tentang penderaan/keganasan terhadap wanita. Aku harap bende ni berguna utk diri kite satu hari nnt :
Bentuk Penderaan Terhadap WanitaMaklumat lanjut:
1. Penderaan Psikologi dan Emosi - Ugutan, penghinaan, menjatuhkan maruah wanita yang meninggalkan kesan buruk sama seperti kecederaan fizikal kerana membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita dan keupayaan beliau untuk mengawal kehidupan sendiri.
2. Penderaan Fizikal - Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, mematahkan tulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah antara contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang untuk mendapat keperluan asas seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan adalah termasuk dalam bentuk penderaan fizikal.
3. Penderaan Seksual – Memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan hubungan juga dikategorikan sebagai penderaan seksual.
4. Penderaan Sosial – Penderaan bentuk ini sering berlaku di dalam rumah di mana wanita sering didorong untuk bergantung kepada pasangan masing-masing dan diasingkan daripada mendapat sokongan luar.
5. Penderaan Kewangan – Seseorang wanita yang dihalang daripada mencari pekerjaan dan tidak dibenarkan membuka akuan bank atau menyimpan wang pendapatannya sendiri. Malah tidak dibenarkan mengawal wang mereka dan wang yang diperolehi akan dikawal oleh orang lain serta terpaksa bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan keperluan asas.
Bentuk Keganasan Terhadap Wanita
1. Gangguan Seksual
Terbahagi kepada gangguan bentuk lisan – teguran, komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan perkataan yang kurang menyenangkan; bentuk isyarat – menjelir lidah, menjilat bibir, memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah; bentuk visual – menunjukkan material pronografi, melukis lakaran atau tulisan berdasarkan seksual, mempamerkan sesuatu berbentuk seksual; bentuk gangguan psikologikal – undangan sosial yang tidak disenangi, diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji dan intimasi fizikal dan bentuk fizikal – sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
2. Perkosaan dan Keganasan Seksual
Dari segi perundangan, definisi ´perkosaan´ atau ´rogol´ hanya terhad kepada perbuatan memasukkan kemaluan lelaki ke dalam kemaluan wanita secara paksa, tanpa kemahuan wanita tersebut. Jika seseorang wanita itu berumur di bawah 16 tahun, aktiviti seksual dengan atau tanpa kebenaran wanita tersebut adalah diklasifikasikan sebagai perkosaan menurut undang-undang. Keganasan seksual ini juga termasuk pelakuan secara paksa, memasukkan objek ke dalam kemaluan, mulut atau dubur wanita.
3. Keganasan Rumah Tangga
Keganasan seperti ini pada asasnya merupakan suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Antara contohnya ialah penderaan fizikal, memaksa wanita memutuskan hubungan dengan keluarga dan saudara mara serta kawan-kawan, memaksa wanita memberitahu setiap gerak gerinya dan sebagainya
WCC
Women's Aid Organisation
Nombor2 & Alamat2 Bantuan Terhadap Wanita
10 comments
picit xleh? aduh susah laa gitu.
ReplyDeleteaku x bace lg, nnt jap. aku nk g bace.
setelah dipost...aku br nampak yg entry aku kali ni sangaaaattttt pjg....
ReplyDeletemaaf
seyes. sgt panjang hingga aku xlarat nak bace. entry kali ini ibarat membaca rencana di suratkhabar. sepatutnya ko selitkan kisah penderaan yg telah berlaku yg ko tau. tp keseluruhannya, bagus. tiada lagi entry merepek seperti org laen. sekian. paul elle moss =p
ReplyDeleteperh~ terase sial aku. ye aku suke merepek. sekian. aku dah xkan post blog.
ReplyDeletehahha..
ReplyDeletetahniahla..post kkau kali ni bg ilmu..tp pnjg sgt..patut kau buat siri 1,siri dua,br cam mood tu smangat nak bace..
perh~ terase sial aku. ye aku suke merepek. sekian. aku dah xkan post blog. lepak aa mar..kdg2 post merepek ni mghiburkan..xkan nak series je..
alaa.xkan picit2 xle..x manja ah gini
kalau ko tulis panjang mmg tak brape efektif la ili.cube ko selitkan gambar2 di mana si suami sedang mendera isteri dgn menggunakan seterika misalnya, atau pon gambar kesan lebam di perut isteri dek di libas suami menggunakan tali pinggang.
ReplyDeleteoh ilynn..diakui mmg panjang tp takpe..aku gigih baca gak
ReplyDeleteaahh..aku penah kena penderaan psikologi dan mental oleh tuuuttt..dan senior2 aku yg lahir thn 1984!!
smpai skrg aku anti dgn mereka yg lahir thn tu.tak masuk ah dgn diorg!sorry..heheh..EmO freak la plak =P
aku juga penah kene sexual harrassment ms naik taxi,ujan time tu.aah..pkcik taxi tu nk pgg tgn aku(kalu dibiar mybe akn melarat jd ke lain.)aku pon gtl dok dpn,patut dok blkg.pdn muka!tp time tu aku f4.nerd..tp tuhan syg aku kot,taxi dia rosak tgh jln,aku turun cpt2 amik taxi lain.haha
aku serikk!!=(
tp aku rase penderaan psikologi lg sakett dr fizikal.sbb kalo mental tak thn boleh bunuh diri ooo...
sO,aku hrp lelaki2 diluar sane,bila nk buat ape je jenis penderaan,pk dlu,korg ade mak,adik pompuan/kakak,bygkan kalo mereka yganda syg tu juga kena mcm ape yg korg buat..taula ape rasenyer..
sekian..=P
p/s:ilynn,entry yg pnjgg sesuwei dgn komen yg pnjgg kan??kan??heheeh..
amar: amar..ko nk picit ape haaa
ReplyDeleteelle: ko nak aku selitkan pengalaman aku tak?
amar: aku suke blog ko. titik.
sepi: dh post br aku prasan. kasihankanlah org sakit cam aku skrg niii <-- ayat meminta simpati
adam: xde gambar la. kalo ade pon utk tatapan sndiri. maaf
lisa: btol ckp ko. lelaki2 kat luar tu kene pk, ape diorg rs kalo yg kene tu adalah darah daging sndiri?
lisa..aku penah kene lagi teramat teruk dr ko. cume aku xleh la nk cite kat cni. masa tu..ntah..aku pon xtau nk buat ape. aku xtau lg psl mende2 mcm ni. ah! trauma btol.
oh...ade skali diraba dlm komuter yg sesak. dhla ms tu dgn FF.mmg lelaki ni xreti nk kawal nafsu btol
apehal picit2 pompuan..
ReplyDeleteigt keypad henfon ke hape?...
hihiks<--gelak ikan
la. aku juge ske merepek. amar emo. selitkan la pengalaman ko ili.
ReplyDelete