Fantasi

Aku dh abis baca satu buku yang bertajuk, Husbands. Cerita tentang seorg perempuan A yang baru berkahwin dgn C. Dia ada seorg rakan baik B, yang bertemu dgn seorg lelaki secara tiba-tiba. Apabila A ditemukan dgn lelaki tersebut, die mendapati yang lelaki itu adalah suaminya! Dan suami yang dimaksudkan itu bukan si C. A ialah seorang bigamist. Iaitu perempuan yang mempunyai lebih dari seorang suami.

Memang. Setiap kali baca ape2 buku, mesti ade sesuatu yang buat kita fikir. Buku ni buat aku fikir tentang apa yang aku nak dalam hidup aku. Perhubungan mcm mane yang aku nak dgn suami aku nanti. Apakah kesinambungan hidup aku selepas aku habis belajar?

Setiap wanita ada fantasi kehidupan sendiri. Lelaki juga. SEMUA org nak jadi kaya, betul tak? Aku tak fikir tak ada org yang tak mau jadi kaya. Semua org nak. Semua org mahu hidup yang senang, secure dan bahagia. Aku tak nafikan yang aku jugak nak hidup senang. Tapi aku tidak mahu terlalu senang kerana aku takut aku lupe pada akhirat. Tetapi, aku memang mahu senang dari segi menanggung tanggungjawab aku.

Aku penah berfantasi jadi penyanyi. Atau pemuzik. Atau penulis lirik. Sbb aku tgk diorg ni byk duit. Jadi aku nak jadi lah. Kalo tak, berlakon pon jadi. Ah, zaman kecik2 dulu. Dari dulu, aku tahu ape yang aku nak. Tapi aku tak yakin aku boleh. Skrg pon aku rasa mcm tu. Namun, aku dapat FF. Die adalah satu bende yang aku nak dan aku dapat.

Fantasi hidup aku banyak sangat. Antaranya:

  1. Aku nak jadi penulis. Dan membuat duit hanya dgn menulis. Tapi, realitinya penulis di Malaysia tak dapat gaji yang secure.
  2. Aku nak umah yang besar dan ruang di dalam sangat spacious dan selesa. Aku nak garden yang cantik dan ada swimming pool. Aku nak adakan mini library yang jugak merupakan tempat keje bagi aku. Aku mahu rumah yang meriah dgn kanak2. Tapi..realitinya,takkan mcm tu.
  3. Aku bayangkan bahawa satu hari nnt aku senang btol dan dpt membeli Abah sebuah kereta BMW baru. Aku ingat masa aku kecik2 dulu, Abah kata,"Ala...nanti Yana keje, Yana belilah Abah keta baru btol tak?" Dan aku, kalau bole, taknak bagi keta lain selain Beemer.
  4. Aku jugak membayangkan aku akan jadi seorang isteri & mak yang...multi-tasking. Bole buat ape je. Mengemas, jahit, masak, betulkan yang tak betul, mengajar dan apa2 jela.
  5. Apa lagi? Aku nak keje dari rumah. Tak pon, aku ada bisnes sendiri. Mungkin joint-venture dgn adik aku, sape tau?
  6. Dan aku juga membayangkan aku berubah menjadi seorg perempuan yang solehah...
Ya, semua itu hanya fantasi. Fantasi bererti angan-angan. Angan-angan bererti hanya satu mimpi. Dan mimpi, biasanya tak menjadi realiti. Mungkin antara kita semua dah ada tokoh2 CEO syarikat, graphic designer, event manager, menteri, Datuk&Datin, apa2 jelah. Tapi, yang penting usaha kene ada. Ada org mempunyai fantasi menggunung dan mendapatnya. Ada org pulak tak. Rezeki itu datang dari Allah.

Aku tau semua ini. Aku tau aku kene usaha. Tapi, aku kene ada keyakinan. Aku tak tahu mcm mane aku nak dpt keyakinan tu. FF selalu kata aku kuat merungut. Ye ke? Aku tak bole nak judge diri sendiri. Jadi, adakah aku merungut sekarang ni?

Ahh...fantasi...fantasi.......

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

6 comments

  1. fantasi gua nak deting dgn jue je..
    takkan itu pon tak bley?

    ade ape mslah?

    ReplyDelete
  2. fantasiku fantastik.
    fantasiku faminin
    fantasiku fana dan fauna
    fantasiku fanta(air oren)

    hah, madah terbaik dari aku. tajuk die aku bg 'fan' bererti seronok.

    fantasi aku senanye nk jadi image consultant. >straight face<

    ReplyDelete
  3. fantasi aku nk jd pmain bola

    x pn masuk akadmi fantasia.leh jd cam mawi..barula worlld

    fantasi aku nk bakar moto zawawi

    ~Lights will guide you home

    ReplyDelete
  4. asip: aku tak kate tak bole kan? berfantasi lah anda sepuasnye haha

    asip suke pompuan ayu

    amar: ape die amar?!

    sepi:sape zawawi?

    ReplyDelete
  5. fantasi saya : kawin dgn datuk or tan sri mcm (yg muda=P ) mcm siti nurhaliza..boleyh gitu?hikhikhik
    saya suka berfantasi juga =D

    ReplyDelete
  6. setiap manusia kadangkala suka berfantasi
    lebih² lg tika keseorangan dan kesunyian..
    berbagai2 perkara akan di muncul difikiran..
    haih!! berfantasi tu bukan ke baguas..
    sebab membolehkan kite berfikir..dan otak kita berjln..ehehe..

    ReplyDelete