Apa 5 Perkara Yang Nak Buat Sebelum Saat Itu?

Semalam. Aku stay back keje. Aku kene siapkan print ad aku. Diorg dh nk anta kat Metro. Aku tak save pulak keje aku tu dlm pendrive. Kalo tak, bole post kat cni. Nantilah, bile dah kuar Metro, aku bgtau. Haha.

Seperti biasa, masa aku balik tu, aku berfikir. Aku & FF cam berselisih pendapat semalam. Die cakap yang ini, aku cakap yang itu. Jadi mcm2 la kuar dalam otak aku ni. Puasa pon nak dekat. Jadi, aku tak nak terus sampai gaduh pulak kang.

FF berkata, "Org nak buat yang terbaik untuk puasa ni la. Macam puasa terakhir org." Aku tersentak. Sungguh. Tapi katanya lagi, ia merupakan sesuatu yang Islam sering mahu kita ingat. Setiap ibadat, kita lakukan seperti ianya ibadat terakhir kita. Tapi, kata-katanya tetap menusuk hati aku. Kalo ini terjadi pada korg?

Cuba buat seketika, korg berfikir tentang mati. Mati itu satu perkara yang teramat dekat dgn kite. Sangat dekat. Kita xtau yg mungkin seminit lepas ni kita akan menemui ajal. Dalam keadaan korg baca blog aku ni pon korg bole jadi mayat. Aku banyak berfikir tentang ini sejak akhir2 ni. Dan banyak kali ia buat aku rasa takutt sgt. Aku terfikir, setiap org pasti nak buat sesuatu sebelum sampai ajal diorg. Jadi, apakah 5 perkara yang aku dan korg nak buat sebelum mati?

Katakanlah ajal aku dekat. 5 perkara inilah yang aku nak buat sebelum saat itu:

  1. Bertaubat. Sedangkan Rasulullah SAW yang dijamin syurga baginya pon sentiasa bertaubat.
  2. Tunaikan 5 rukun Islam dan berusaha ke jalan yang baik di sisi Allah.
  3. Menghalalkan diri aku buat FF. Maksudnya, kahwin la! Ada org kata, "Kalo ko tau nikmat berkahwin, awal2 sebelum mak bapak ko lahirkan ko lagi ko nak kawin!"
  4. Menjaga mak bapak dengan sebaik mungkin walaupon aku ni tak rapat dgn diorg. Aku mesti positif bahawa mungkin satu hari nanti aku & mereka boleh mencapai persefahaman.
  5. Hidup secara bersederhana dan ingat asal-usul. Tak lupa untuk sentiasa bersyukur terhadap apa2 jua nikmat dari-Nya dan tabah&sabar menghadapi dugaan-Nya. Seperti motto kegemaran Atok aku, "Jangan Jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit."
Korang dah fikir apa yang korg nak buat sebelum saat itu?

6 comments

  1. si kacang , jgnlah jadi kacang.

    mak aihh sampai tulis dalam blog tuh pasal smalam tuh..hehe.

    ReplyDelete
  2. awat si kacang ek ilynn? haha nak nyibuk nak tau tak kire!

    err, kalo time trasa nak emo ke, nak tensen2 ke kan, bile ingat idop ni sekejap je, dan mati itu pasti, trasa cool down ekceli... kensel nak emo2. uhu. patutla kite patut sentiasa ingat mati... T_T

    kawen kalu, jgn lupe jemput gak! :D

    ReplyDelete
  3. byk nye perkara yg nak dilakukan sblm tiba waktu tu..

    semoga segala amalan yg dilakukan selama ini diterima-Nya..insya Allah...

    salam ramadhan dan semoga ibadah kita mendpt keredhaan dari-Nya..

    ReplyDelete
  4. faridfadhly: ape si kacang haaa???

    girlfriday:baik GF..nnt dijemput! ;) tp bg e-kadkahwin la...hehehehhehehheeh

    chii: insyallah chii...kt byk2kan ibadat di bulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  5. sebelum mati aku cuma nak buat satu perkara... mengucap dua kalimah syahadah.

    ReplyDelete
  6. ye..aku ingin bertaubat..
    mati itu telalu dekat sebenarnya..




    ~Lights will guide you home

    ReplyDelete