Ha ha!
Aku dah kembali!
Dengan semangat yang baru, dengan orang yang tak kira barunya! =P
Alhamdulillah, aku baik2.
Dah lama sangat aku tak guna desktop aku di rumah ni, dah berhabuk keyboard nya.
Betul, baru kejap tadi aku meniup2 keyboard untuk hilangkan habuk.
Tapi ada juga kesan2 degil yang gagal kutiupkan.
Aku makin tiada masa.
Sebab:
1. Maid rumah aku lari. Dengar kata ikut lelaki. Aku pun tak tau sape.
2. Kerja aku seperti biasa ditambah dengan training dan apa2 benda yang lain lagi yang aku kena ikut. Maknanya, mengambil lebih banyak masa aku.
3. Disela masa antara waktu aku pulang ke rumah, aku akan cuba berjumpa FF selama 2 jam.
4. Kadang2 jika aku kerja lambat, pagi tu aku akan jumpa FF. Tapi bukanlah berdating sangat pun. Dia sibuk dengan kerja dia. Aku cuma jadi pemerhati di tepi.
5. Dan kadang2 setiap hujung minggu, aku akan sibuk berfotografi orang kahwin ke tunang ke. Atau pergi seminar fotografi.
Sekarang ni aku rasa seperti mahu macam2 benda.
Antaranya ialah:
1. Nak sambung belajar Masters. Mungkin dalam bidang Fotografi, Design atau pun Business.
2. Nak ambil sijil Fotografi yang mempunyai waktu belajar jangka pendek.
3. Bernikah saja dan mengamalkan PJJ (perhubungan jarak jauh). Boleh tak? (Aku rasa FF mesti taknak).
4. Nak duduk kat rumah, mungkin kerja aku setiap bulan ialah hanya berfotografi dan mengedit gambar2 yang telah kuambil untuk diberi pada client.
5. Menjadi pakar motivasi dan memberi latihan ekslusif. Haha. Ada rupa tak? =P
Nak ada impian berjuta2 pun sebenarnya boleh...
Tapi kita ada ke semangat berjuang ke arah itu?
Aku kalau nak dikatakan mempunyai berjuta-juta impian.
Tapi berangan je tau.
Aku sendiri kurang yakin boleh ke aku achieve apa yang aku impikan.
Nasihat: Buatlah impian setinggi langit, tapi achievekan satu persatu. Kita tak boleh nak semua benda dalam satu masa.
Jadi, biar aku pikir sendiri!
Hoohohohohoh
Mungkin kah aku sedang mengalami fasa perubahan?
Aku kini banyak merenung dan berfikir.
Malah, FF pun berkata begitu.
Aku sedang cuba untuk melengkapi diri.
Menjadi seorang yang matang, isteri yang mematuhi suami, yang dapat menerima teguran dan bimbingan
Menjadi seorang yang ikhlas dan bijak dalam pemikiran Insya-Allah
Menjadi hamba Allah yang tidak melupakan agamaNya insya-Allah
Usaha aku dan FF mahu mematrikan hubungan kami dalam satu ikatan halal sesuatu yang suci
Tak mustahil kalau kami mahu lakukan sekarang
Namun, bernikah itu ada kesediaan hati juga
Kalau aku sedia, FF tak...susah juga
Allah akan menolong umatNya yang ikhlas mahu berkahwin,
tapi bukan kerana nafsu semata...ia juga perlu berlandaskan cinta kepada Allah SWT dan Nabi-Nya
Aku berharap dapat menunaikan umrah supaya hati aku lebih terbuka untuk berubah
Buat masa ini, yang dapat dilihatkan ialah umrahku yang pertama mungkin saja bersama FF
Insya-Allah, kalau ditakdirkan-Nya, dapat aku umrah sebelum bernikah
Aku teringin sekali menjejakkan kaki atas bumi Allah yang penuh barakah dan teramat suci itu
Aku menulis sebegini bukan bererti aku berubah selain-lainnya
Hati aku baru ini mencari keredhaan-Nya
Aku ingin memulakan setiap panggilan dengan Assalamualaikum
Memulakan hari dengan perasaan bersyukur aku masih dikurniakan satu lagi hari oleh Allah SWT
Aku ingin memulakan dengan harapan agar aku dapat menangkis godaan sehari-harian oleh dunia dan syaitan laknatullah
Biarlah dunia itu berada di tanganku, tapi jangan Kau biarkan ia menetap dalam hatiku.
Sungguh, terlalu banyak yang aku mahu luahkan.
Apa yang pasti, aku rasa diriku dah terlalu menjauh dari Tuhanku, Ya Allah
Aku bukanlah seorang yang baik-baik akhlaknya, yang suci hatinya, mindanya, matanya, telinganya...tapi tidak salah untuk aku mahu kembali.
Mencuba jadi umat-Nya yang sebaik mungkin, sedaya aku.
Aku berserah dan berharap FF didatangkan padaku dengan niat untuk membimbing
Bismillahi Tawakkaltu Ala Allah...
Dengan menyebut namamu, aku berserah padamu Ya Allah!
Money is not everything, but everything is money.
Mencari duit.
Itu saja yang penting zaman sekarang ini.
Duit, duit, duit.
Cinta tak boleh dibeli dengan duit, tapi untuk kita survive dan hidup dalam cinta, kita KENA ada duit.
Aku dah mula membenci duit, sebab duit boleh merosakkan sesuatu keharmonian dalam hidup ni.
Cuba fikir.
Seharian yang kita lalui ni, sebenarnya kita strive to cari duit.
Itu ke yang kita mahu seumur hidup?
Alangkah baiknya kalau duit tu senang nak dapat atau ia datang je dari langit kan
Cuba fikir lagi.
Kalau kita ingat yang rezeki ni Tuhan yang bagi, insyaAllah kita tak stres sebab duit.
Kita kena ingat yang Tuhan akan beri rezeki sentiasa dan menolong yang kesusahan.
Tapi, bukan lah Dia bagi free2 macam tu je.
Kita kena berusaha.
Allah menggalakkan kita berniaga. Sebab, tak semua orang boleh kerja bawah orang lain.
Aku banyak berfikir.
Macam mana nak dapat duit semua tu.
Lebih2 lagi dengan planning kahwin ni lagi
Aku kerja kuat, tapi gaji tetap sama tiap bulan.
Aku yakin, antara2 korang ni mesti ada rasa yang sama
Manusia lain juga macam tu
Ada yang MLM (kononnya cepat dapat duit), ada yang main saham (walaupun sebenarnya tak pandai main), macam2 lah cara orang buat untuk dapat duit.
Tapi perasan tak, kadang2 kita ada banyak duit...tapi lepas tu kejap je dah habis.
Mungkin kita tak berjimat...
Tapi, ada korang fikir itu semua rezeki Allah bagi?
Dan rezeki yang Dia beri tak sama kepada setiap orang.
Siapa yang berniaga, tak semestinya untung. Ada juga dugaan2.
Tapi kalau redha dan sabar, ada lah pulangannya ye tak?
Jadi, adakah rezeki ni Dia bagi...atau pinjam?
Kesimpulannya, korang semua dah besar...
korang fikir lah sendiri!
Hai kawan-kawan,
Sudah kira-kira 2 minggu aku menghilang.
Sejak dari 2 post aku yang lepas, hidup aku seperti...mencari-cari.
Mencari apa...aku sendiri tak pasti.
Tapi entah kenapa...bila aku berfikir atau duduk sendiri, kepala aku dipenuhi dengan bermacam-macam hal dan persoalan.
Orang lain mungkin nampak aku tersenyum, gembira, seperti biasa...
Tapi aku terganggu.
Aku terganggu dengan masalah yang aku sendiri sukar nak ceritakan.
Kian hari aku terasa seperti seorang pelakon yang dipaksa melakonkan babak-babak bosan yang acap kali diulang-ulang.
Apakah ini "Go with the flow" yang diperkatakan?
Kalau beginilah, aku tak dapat membayangkan bagaimana hidup ini menjadi sesuatu yang bermakna.
Terus terang aku katakan, semangat aku semakin pupus, keyakinan aku dah dibawa angin entah kemana
Aku seolah-olah bukan diri aku lagi.
Aku seolah-olah terapung dari jasad aku dan melihat hari ke hari akan kepura-puraan aku.
Mungkin antara kamu semua bertanya, "Bagaimana pula FF? Tidakkah dia tahu semua ni?"
Memang. FF seorang yang aku boleh sandari seberapa lama aku mau. Dia memahami aku.
Bila aku bersama dia, hilang semua keserabutan.
Tapi, tidak pula aku ceritakan pada dia.
Kenapa? Kerana aku tak tahu nak cerita bagaimana, nak mula dari mana...dan dia mempunyai lebih banyak hal daripada apa yang aku ada.
Dari sini, aku dapat tahu bahawa setiap kali aku bersama FF, ia hanyalah keperluan nafsu.
Setiap kali aku cuba meluahkan, setiap kali itu lah ia terhenti di permulaan atau hampir di pertengahan.
Aku tersedar pada kali terakhir aku bertemu FF.
Hati aku terganggu...aku mahu beritahu bahawa aku dah mula sunyi, aku tiada keyakinan yang aku layak bersamanya, bahawa aku telah cuba tapi entah kenapa aku masih orang yang sama, yang aku dah bosan menjalani routine kehidupan...
Tapi, nafsu menghalang aku untuk berkata-kata.
Nafsu berkata, lupakan semua...bergembiralah tika bersama kekasihmu, bergembiralah kau dalam pelukannya...
Tetapi, apabila aku tak bersama FF, datang lagi emosi itu.
Aku masih mencari...
Mancari apa...aku masih tak pasti..
Kalau kau boleh terima aku dengan ketaksempurnaan aku...
Kalau kau boleh memahami bahawa aku juga perempuan...
Dan kalau kau boleh pandang dan lihat semula metamorfosis aku...
Mungkin kah timbul kesedaran?
Setiap manusia, impian dan harapan berbeza.
Aku, berpegang pada setiap janji & kata yang dituturkan kepada aku.
Aku susah untuk melupakan apa2 kata yang berbentuk impian dan harapan buatku.
Jadi, jika kata itu berubah, aku senantiasa ingat.
Dan aku, tiada tempat lain nak berborak atau mengadu.
Seorang saja yang boleh. FF.
Tapi, kalau aku mau mengadu atau bercerita tentang aku dan FF, aku hilang arah.
Orang lain kata, aku terlalu bersandar pada FF.
Ya, aku setuju.
Tapi aku tiada pilihan lain.
Aku tidak mudah untuk percaya orang lain dan menjadi terlalu rapat.
Aku juga sangat jujur.
Kamu mahu pandangan ku yang jujur?
Aku akan beritahu apa yang aku fikir terus tanpa tapisan.
Aku bukan hipokrit atau pengampu.
Tapi, disebabkan semua diatas,
Aku dah mengecewakan orang yang paling aku sayang.
Kalau lah aku boleh turn back time...
Kalau lah aku menjadi seorang perempuan yang biasa, konservatif...
Mungkin aku akan dapat menjadi seorang yang sempurna untuk dia...

Aku baru balik dari outstation.
Masih penat...
Terima kasih kerana mengunjung...

Photography.
Memang menggembirakan aku.
Bila aku capture moment yang menonjolkan rasa puas bagi aku...sudah cukup.
Tapi, fotografi itu adalah sangat subjektif.
Kita tak boleh puaskan semua orang.
Sebab...lain orang lain taste mereka.
Jadi, aku tak takut dengan kritikan.
Aku tak takut dengan kutukan.
Sila...sila...
Sebab tanpa teguran, bagaimana kita nak maju?
Macam mana kita nak tahu penilaian orang lain terhadap kerja kita?
Aku bersyukur sebab dapat belajar dengan Napie dan baru-baru ini, Sapek.
Dalam beberapa jam dengan mereka, banyak yang aku dapat.
Macam mana nak buat teknik begini begitu.
Macam mana nak melihat sesuatu menjadi extraordinary.
Napie, sifu wedding 1st, mengajar untuk mengambil gambar yang beri kepuasan kepada pasangan pengantin dahulu.
Aku berharap kamu wahai rakan2ku
Jangan segan silu beri teguran...
Aku appreciate setiap apa yang kamu coretkan...
Terima kasih kerana menyokong...=)